Sabtu, 15 Februari 2014

Nahas Bas Genting 37 Maut 24 Lelaki 13 Wanita

Kes Silam Bas Terbabas Di Genting Sempah

Maklumat terkini diterima setakat pukul 8.30 malam menunjukkan seramai 37 orang disahkan mati manakala 16 lagi cedera dalam nahas bas Genting terhumban ke dalam gaung di KM3.6 di Jalan Genting – Karak, petang tadi.
Merujuk laporan Berita Harian Online, Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita menjadikan kesemua mangsa 53 orang.
Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang.
Anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan tali dan kren untuk mengeluarkan mangsa terselamat dan mayat yang ditemui berikutan keadaan muka bumi yang begitu curam.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sudah pun meninjau lokasi begitu juga dengan Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai. – Mynewshub.my

0 komentar:

Posting Komentar