Tampilkan postingan dengan label saya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label saya. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Saya masih hidup Bob Kuman


SABTU, 21 APRIL 2012

BOB KUMAN menunjukkan bukti dia masih hidup ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA -Berita kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman yang tersiar di laman sosial dan Twitter semalam ternyata khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini semalam berasa sedih dan kesal dengan penyebaran berita tersebut.

"Saya sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada saya.

"Kepada para peminat, jangan cepat percaya kepada khabar angin dan doakan saya agar cepat sembuh," katanya yang mempunyai berat badan 219 kilogram.

Dia kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya berair.

Sementara itu, pembantu perubatannya, Mohd. Farid Hamzah berkata, Bob dijangka pulih dalam tempoh sebulan lagi.

"Buat masa ini, dia tidak boleh mengambil makanan berkanji seperti nasi serta perlu minum banyak air.

Jumat, 27 Desember 2013

Saya Tidak Dibenar Menggunakan iPhone Dakwa Presiden Obama


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan. Oleh kerana itu beliau sering kelihatan dengan Blackberry.

“Atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak dibenarkan mengguna iPhone,” kata Obama kepada sekumpulan anak-anak muda dalam saya upacara untuk mempromosikan pelan kesihatan beliau.

Tambah beliau, anak-anak perempuan beliau Sasha dan Malia banyak menghabiskan masa bersama telefon iPhone mereka.

Blackberry terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh – salah satu sebab mengapa ia masih popular di Washington, walaupun peranti itu kehilangan bahagian pasarannya kepada telefon pintar yang lain termasuk produk keluaran Apple.

Isu ciri-ciri keselamatan yang ada pada Blackberry milik Obama dibangkitkan setelah Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor Jerman Angela Merkel.

Setelah beberapa hari mengangkat sumpah sebagai Presiden, Obama berjaya untuk meyimpan telefon itu daripada kumpulan Perkhidmatan Rahsia, walaupun kebimbangan ada dari segi risiko Blackberry beliau akan digodam, akan mendedahkan lokasi beliau dan apa yang ditulis beliau boleh disiasat oleh kongres.

Beliau sering dilihat membaca pesanannya di dalam limosin.

Presiden itu sering meluahkan kekecewaan beliau tentang kawalan di White House yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan orang ramai atau mendapatkan maklumat luar yang tidak ditapis oleh pembantu-pembantu beliau atau pihak media. Pembantu beliau berkata penggunaan Blackberry adalah cara untuk beliau keluar dari pengurungan itu.

White House berkata alamat emel peribadi Presiden terhad kepada pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peribadi, tetapi tidak mendedahkan penyulitan peranti yang digunakan untuk mengawal keselataman komunikasi Obama. – AFP

Sabtu, 07 Desember 2013

Andai Saja Saya Bisa Memilih

Andai Saja Saya Bisa Memilih. Persoalan hidup kian hari kian rumit,terlalu banyak persoalan hidup yang harus saya selesaikan di hari ini,besok dan lusa mungkin sampai akhir hayat saya. Modal untuk melangkahkan kaki saya untuk belajar hidup sangatlah minim, ditambah ilmu yang saya peroleh ketika sekolah hanya pas-pasan. Saya sangat..sangat menyadari kelemahan saya sebagai hamba Tuhan yang lemah, namun saya mencoba berusaha sekuat hati dan tenaga untuk bisa menyelesaikan semua persoalan yang saya hadapi.

Saya mencoba memahami, kenapa sih saya ndak bisa memilih ketika Allah memberikan cobaan ataupun rizki kepada saya? Jika saya menolak dan menghindar berarti saya lemah dan menghina Allah dong.. , apakah cukup hanya bermodalkan kesabaran untuk mengatasi semua persoalan itu ? Persoalan ini saya kembalikan kepada diri saya sendiri ketika cobaan datang, apakah saya terlalu banyak melakukan dosa, atau cobaan tersebut sebagai batu sandungan untuk mengolah hati saya untuk belajar lebih dewasa?

Setelah beberapa lama akhirnya saya menyadari jika semua manusia memang tidak mempunya pilihan, kalaupun ada seseorang yang merasakan sukses, pinter, bodoh, kaya  bahkan miskin sekalipun, itu semata-mata hak Allah. Yups... Allah selalu ikut campur dalam semua apa yang kita lakukan, kita ndak bisa menjauh atau menghindar dari ruang, waktu, dimensi dan kekuasaan nya Allah. Apabila saya ingin menjalani semua itu dengan mudah, maka sayapun wajib melakukan dan menyelesaikan persoalan hidup ini sesuai dengan aturan-aturan Allah.

Insya Allah.