Tampilkan postingan dengan label hidup. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hidup. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Saya masih hidup Bob Kuman


SABTU, 21 APRIL 2012

BOB KUMAN menunjukkan bukti dia masih hidup ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA -Berita kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman yang tersiar di laman sosial dan Twitter semalam ternyata khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini semalam berasa sedih dan kesal dengan penyebaran berita tersebut.

"Saya sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada saya.

"Kepada para peminat, jangan cepat percaya kepada khabar angin dan doakan saya agar cepat sembuh," katanya yang mempunyai berat badan 219 kilogram.

Dia kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya berair.

Sementara itu, pembantu perubatannya, Mohd. Farid Hamzah berkata, Bob dijangka pulih dalam tempoh sebulan lagi.

"Buat masa ini, dia tidak boleh mengambil makanan berkanji seperti nasi serta perlu minum banyak air.

Kita Hidup Tak Lama Balas Syamsul Yusof Pada Ammar




Syamsul Yusof  meluahkan perasaan hati ala-ala ustaz ekoran tuduhan Ammar Alfian  kekasihnya dirampas oleh Syamsul baru-baru ini.
Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.
Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencur i sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.
Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?
MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?
Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.
Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn.

Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’..
“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.
Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
Ammar Alfian mesti malu sendiri setelah baca luahan mangsa tuduhannya ini.