Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Bersih 3 0 Anwar Azmin ke mahkamah

Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "May 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Mei 2012
Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.
Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."
"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa Ente (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu Ente telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."
Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan polis yang menyerahkan writ saman ke atas Anwar dan Azmin dan menyifatkan itu tidak lebih dari satu tindakan politik.
"AMK Selangor mempersoalkan asas pertuduhan itu yang dlihat amat tergesa-gesa untuk mengheret dua pemimpin utama PKR ini ke mahkamah sekali gus satu percubaan berniat politik untuk menghukum keduanya dibawah Seksyen 4(3) yang boleh menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Justeru AMK Selangor merasa terpanggil untuk menggerakkan rakyat untuk turun beramai-ramai esok, ke Mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan padu terhadap percubaan terbaru regim Najib Razak yang cuba menggunakan kuasa kehakiman bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia," kata Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan berasingan.

Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mobilisasi perhimpunan rakyat yang lebih besar bagi membantah usaha jahat ini, yang dipercayai antara langkah terakhir regim untuk menafikan tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Kamis, 19 Desember 2013

Depe Dituding Minta Uang Rp 400 Juta ke Jupe


JAKARTA - Hubungan Dewi Persik dan Julia Perez sepertinya akan kembali memanas. Pasalnya, Depe mengaku kembali punya sedikit masalah dengan Jupe. Apa itu?

Perempuan asal Jember itu menuturkan bahwa ada pihak yang menyebutkan dirinya meminta uang Rp 400 juta kepada Jupe. Permintaan uang dijelaskan terkait keputusan Mahkamah Agung yang memvonis empat bulan penjara Jupe.

"Masalah Jupe, kemarin saya ditanya teman-teman mengenai masalah penangguhan penahanan. Katanya Depe minta uang Rp 400 juta pada Jupe, supaya Jupe nggak ditahan. Saya bilang, loh yang punya hukum kan bukan saya," ungkapnya saat ditemui di kawasan Cinere, Depok, Senin (15/1/2013).

Selain itu, ternyata ada salah satu teman Depe yang merupakan seorang pengusaha yang juga mempertanyakan hal yang sama. "Terus anaknya pak haji Tommy, BBM ke saya. Say kamu bener mau nahan Jupe say, itu soalnya Jupe minta uang sama pak haji Tommy, sama babe say. itu untuk penangguhan penahan," ujarnya.

Pemilik nama lengkap Dewi Murya Agung itu pun mengaku tidak tahu masalah penangguhan tersebut. Tapi ia yakin bahwa apa yang terjadi adalah hukum karma dari permasalahan sebelumnya.

"Itu kita punya buktinya. Itu berarti tandanya Tuhan memberikan jawaban buat saya. Berarti saya kan ditolong. Kalau ada yang bilang dunia ini nggak adil, itu nggak benar. Dunia itu adil. Hukum karma itu ada," jelasnya.

Namun, sampai saat ini pihak Jupe masih belum dikonfirmasi perihal pernyataan Depe tersebut. Jupe dan Depe memang sempat bermasalah pada November 2011 lalu. Kedua terjerat kasus cakar-cakaran dalam pembuatan film Arwah Goyang Jupe Depe.

Senin, 16 Desember 2013

JMM ‘Kejar’ Anwar Sampai Ke Rumah Minta Penjelasan



Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mengulangi desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab kesahihan surat misteri bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal (20/06/2013)” yang diedarkan di Parlimen Permatang Pauh, awal Ogos lalu.

Surat lapan muka surat yang didakwa didedahkan oleh pemberi maklumat rahsia yang merupakan bekas pekerja Pengerusi DAP, Karpal Singh itu menceritakan ‘urus niaga’ bernilai jutaan ringgit melibatkan Anwar dan Karpal, selain mencatat nilai simpanan Anwar yang berjumlah kira-kira 16,867,680.88 di 5 buah bank.

“Seperti dijanjikan, JMM tampil hari ini menyerahkan surat kebenaran untuk ditandatangani Anwar bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri sekaligus membersihkan nama beliau.

“Kalau tak nak jumpa, beliau boleh pos terus kepada bank negara dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk menjelaskan kemelut akaun beliau ini,” ujar Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.

Azwanddin mewakili JMM menyerahkan dua keping surat yang disediakan JMM di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Pekerja Anwar bagaimanapun mendakwa Anwar sudah keluar.

Surat JMM berkenaan diterima oleh seseorang dikenali sebagai Pak Ibrahim dan tiga pekerja Anwar. Menjawab persoalan Pak Ibrahim mengapa tidak terus pergi ke pejabat Anwar, Azwanddin menyatakan JMM akan berbuat demikian minggu hadapan.

JMM sebelum ini pernah berikrar akan mengikuti Anwar ke mana sahaja termasuk di Parlimen, ceramah-ceramah, rumah dan malah sehingga ke Amerika Syarikat (AS) sekali pun asalkan ketua pembangkang berkenaan sanggup menandatangani surat kebenaran akses kepada akaun banknya. – REM RAMZI


Foto/Video: RIZA RAZAK