Tampilkan postingan dengan label warga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label warga. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Ritual Unik Warga India Persembahkan Pesawat Mainan kepada Dewa

29 April 2013 catatan idahsalam

Pesawat yang dijadikan persembahan (Foto: Oddity Central)  
Pesawat yang dijadikan persembahan (Foto: Oddity Central)
PUNJAB – Sebuah Kuil yang terletal di kota Punjab, India membuat ritual yang unik. Kuil Sikh mengadakan ritual dengan mempersembahkan pesawat mainan yang didoakan bersama-sama.

Ada pemandangan yang tidak biasa di sekeliling Kuil Sikh, di sana banyak sekali penjual pesawat mainan.

Mainan-mainan itu bukan dijadikan sebagai souvenir perjalanan, melainkan sebagai persembahan untuk dewa-dewa dengan harapan bahawa impian mereka untuk berpergian ke luar negeri dan memulai hidup baru akan terwujud.

Sukar untuk mengatakan bagaimana tren unik ini mulai dilaksanakan. Tapi, persembahan pesawat mainan ini dilakukan orang-orang agar mereka boleh menetap di negara lain.

Menurut salah satu pemilik toko lokal yang mengatakan bahawa persembahan pesawat ini sudah menjadi tradisi. Namun bagi mereka ini adalah ladang bisnis.

"Jika seseorang ingin pergi ke luar negeri mereka pasti datang berdoa di sini dan ini sudah menjadi tradisi. Namun, bagi kami ini adalah bisnis,” kata salah satu penjual pesawat mainan di Kuil Sikh, seperti dikutip Oddity Central, Senin (29/4/2013).

“Melihat seseorang memegang pesawat berwarna-warni mungkin aneh bagi Anda. Namun bagi penduduk setempat ini sudah menjadi hal yang biasa,” tambahnya.

Para pengunjung menempatkan persembahannya di tempat yang sudah disediakan kemudian mereka memberi penghormatan kepada guru Sant Baba Nihal Singh Gurudwara. Setelah mereka melakukan penghormatan itu kemudian melanjutkan dengan berdoa meminta keinginan mereka.

Kuil Sikh ini sering kehabisan ruangan untuk menaruh pesawat-pesawat itu. Manajemen kuil menyarankan untuk mendistribusikan mainan-mainan itu untuk anak-anak.

"Setidaknya anak-anak bisa bermain. Kita tidak bisa menghentikan persembahan orang-orang yang datang,” kata salah seorang juru bicara dari Kuil Sikh. (faj)

Selasa, 17 Desember 2013

Pembangkang warga KL hantar bantahan cukai hartanah 16 Disember

OLEH EILEEN NG November 27, 2013
Ahli Parlimen pembangkang berharap dapat memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menangguhkan kadar taksiran baru yang mencetuskan kemarahan pemilih hartanah dengan menghantar berkotak-kotak surat bantahan pada 16 Disember, sehari sebelum tarikh akhir semakan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, DBKL perlu mendengar semua bantahan terhadap cadangan kenaikan kadar yang dihantar oleh pemilik hartanah. Semua aduan itu perlu didengar secara individu atau diwakili agen sah.
Langkah itu dilihat sebagai memaksa DBKL menangguhkan pelaksanaan kadar taksiran baru yang ditetapkan bermula 1 Januari depan. Semakan kadar dan nilai hartanah di Kuala Lumpur terakhir dilakukan pada 21 tahun lalu.

 Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata beliau dan beberapa pemilih hartanah akan berada di bangunan DBKL pada jam 11 pagi, 16 Disember bersama beberapa rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menyerahkan `berkotak-kotak’ surat bantahan.
“Kita akan menghantar surat itu secara pukal kepada DBKL,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kita harap paksaan ini cukup menunjukkan keseriusan cadangan DBKL untuk menaikkan kadar cukai taksiran tanpa rundingan sempurna dengan rakyat menimbulkan kemarahan,” katanya.

Naib Presiden PKR yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata, ahli Parlimen akan memberitahu persatuan penduduk dalam kawasan masing-masing mengenai cadangan itu selain mengedar risalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan kepada pemilik hartanah supaya mereka menghantar surat bantahan sebelum 17 Disember.

Sidang akhbar mengenai rancangan itu juga akan diadakan pada Khamis.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata sasarannya ialah membawa suara rakyat kepada DBKL.
“Kita mahu beritahu rakyat bahawa surat mereka dihantar kepada DBKL. Setiap surat mewakili individu yang tidak berpuas hati dengan nilaian hartanah mereka,” katanya.

Pakar undang-undang kerajaan tempatan memberi amaran kepada sesiapa yang tidak memfailkan bantahan kepada DBKL sebelum tarikh akhir itu tertakluk kepada senarai nilaian baru dan kadar peratusan akan ditentukan oleh majlis tempatan dan menteri Wilayah Persekutuan.
Kenaikan kadar cukai taksiran yang bakal bermula 1 Januari ini mungkin boleh ditangguhkan jika ribuan pemilik hartanah menghantar surat rayuan yang mesti didengar secara individu oleh DBKL sebelum dilaksanakan.

Peguam, Derek Fernandez, berkata mana-mana yang tidak membuat bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup 17 Disember ini akan tertakluk kepada kadar baru dan kadar kenaikan akan ditentukan masing-masing oleh pihak berkuasa tempatan dan Menteri Wilayah Persekutuan.
"Jika anda tidak membantah secara langsung kadar nilai tahunan hartanah anda akan ditetapkan mengikut senarai penilaian baru untuk hartanah anda," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, berkata DBKL berharap untuk menambah pendapatan RM400 juta setahun, hasil daripada kadar taksiran lebih tinggi kerana ia memerlukan wang untuk meningkatkan kemudanan jalan, pasar dan prasarana lain.
Tengku Adnan berkata, kemungkinan ada penurunan dalam kadar 6% semasa cukai taksiran bagi pemilik rumah.

DBKL sudah menghantar notis kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur memberitahu mengenai cadangan kenaikan kadar cukai taksiran, iaitu antara 100% hingga 1,000%.
Notis itu bagaimanapun menyatakan jika ada bantahan terhadap kenaikan yang dicadangkan, pemilik hartanah perlu mendaftarkan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Disember. – 27 November, 2013.
 Pertemuan ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor minggu lalu belum berjaya mencapai kata putus berhubung cukai taksiran hartanah. Gambar fail.Pertemuan ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor minggu lalu belum berjaya mencapai kata putus berhubung cukai taksiran hartanah. Gambar fail.
The Malaysian Insider