Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Robot Bedah Dipersalah Kerana Lima Pesakit Mati


Robot Bedah Dipersalah Kerana Lima Pesakit Mati
Robot Bedah Dipersalah Kerana Lima Pesakit Mati - CHICAGO : Beberapa buah robot bedah yang mempunyai banyak tangan dan dikenali sebagai Sistem Pembedahan Da Vinci pernah digunakan untuk melakukan hampir 400,000 pembedahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.
Bagaimanapun, peralatan pembedahan yang hebat itu sejak awal tahun lalu menghadapi beberapa masalah kerana ia telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima pesakit mati.
Menurut data Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), terdapat hingga 500 laporan masalah berhubung penggunaan robot bedah Da Vinci sejak 1 Januari 2012.
Sistem robot bedah Da Vinci itu dipasarkan sejak tahun 2000.
Hampir 1,400 buah hospital di AS memiliki sekurang-kurangnya sebuah robot bedah Da Vinci.
Setiap sebuah robot itu berharga sekitar AS$1.45 juta (RM4.4 juta) dengan kos penyelenggaraan melebihi AS$100,000 (RM303,699) setahun.
Robot bedah Da Vinci sering digunakan dalam pembedahan prostat, rahim, membaiki injap jantung dan pembedahan beberapa organ lain. – AP

Jumat, 31 Januari 2014

Kerana mabuk lelaki ini hilang kejantanan

4 Ogos 2013

 
Seorang lelaki  berusia 64 tahun menceritakan bagaimana dia pingsan setelah mabuk berat pada suatu malam, dan ketika bangun pada esok harinya dia dapati penisnya telah hilang.

Jiran lelaki itu,   Geraldo Ramos dari Republik Dominika itu menyatakan bahawa dia telah diserang seekor anjing ketika sedang terhuyung-huyung dalam keadaan telanjang ketika mabuk. Namun Ramos dari Santiago, tidak percaya dengan versi mereka tentang kejadian itu.
Dia mengatakan kepada sebuah stesyen televisyen tempatan bahawa yang dia ingat adalah bangun dan dilarikan ke rumah sakit untuk pembedahan kecemasan.

Anjing yang dikatakan telah menyerang dirinya tidak dapat dikesan, atau memang tidak ada anjing yang memakan penis Ramos. Pak tua itu kini harus memakai kateter dan difilmkan sedang memulihkan diri di rumahnya.
Dia mengatakan bahawa dia telah jera. Ramos mengatakan kepada Noticias Sin bahawa dia berhenti minum minuman keras mulai sekarang.

Seandainya penis Ramos benar dimakan anjing, dia bukan orang pertama yang mengalami hal itu. Daily Mail, Sabtu (3/8/2013) melaporkan, seorang lelaki lumpuh di Arkansas, AS, bangun tidur pada Julai lalu dan menemukan bahawa anjingnya telah makan salah satu dari buah zakarnya.
Mystery illness: Geraldo Ramos passed out drunk and woke up to find that his penis was missing
Mystery illness: Geraldo Ramos passed out drunk and woke up to find that his penis was missing

Recuperating: Mr Ramos was pictured relaxing at home recovering from his horrific injury
Recuperating: Mr Ramos was pictured relaxing at home recovering from his horrific injury

sumber:dailymail