Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Mayat dalam beg pakaian

ANGGOTA Forensik memeriksa sebuah bagasi memuatkan mayat seorang pelajar tingkatan 3 yang dibunuh di Jalan Kebun Nenas 1A/KS7. FOTO Osman Adnan

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.


"Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau," katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya. 

"Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.

sumber:

Minggu, 29 Desember 2013

Tasha Shila Langsung Tak Tersenarai Dalam ABPPH

Tasha Shila Langsung Tak Tersenarai Dalam ABPPH?


Agak mengejutkan apabila nama pemenang kategori Artis Wanita Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) tidak berjaya langsung dalam meletakkan walau satu namanya dalam mana-mana pencalonan pada tahun ini.
Memang pelik tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh pelakon, Tasha Shila.
Merujuk kepada laman web rasmu ABPBH, ketiadaan nama pelakon berkenaan menjadi tanda tanya kepada ramai pihak.
Takkanlah baru setahun saja, peminat Tasha Shila sudah berkurangan?
Mungkinkah ekoran daripada kontroversi yang melandanya sebelum ini telah membuatkan peminat mula muak dan tidak mahu mengundinya lagi?
Entahlah.. Mungkin peminatnya terlupa.
Tak apa jika tidak tercalon, mungkin bukan rezekinya lagi.
Mungkin pada tahun depan pula, siapa tahu kan?
Oleh: KASIH ISA

Rabu, 25 Desember 2013

Ulama Umno dikecam kaitkan “Allah” dalam isu kenaikan harga

OLEH MD IZWAN September 09, 2013  
Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.

Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.
"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.

 "Apakah kelak beliau juga akan berkata, maksiat yang berleluasa, jenayah yang meningkat dan penyelewengan serta salah guna kuasa, sebagai rakyat bersabarlah kerana ini semua adalah ketetapan Allah," kata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di akaun Facebooknya.
Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.

"Siapa yang mengetahui kecuali Allah? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.
"Oleh itu,Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya)," kata Fathul Bari menulis di artikelnya lagi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Mohd Asri kemudiaan menggesa Fathul Bari supaya berhujah menggunakan ilmu serta meluahkan kebimbangannya terhadap artikel yang ditulis oleh Ulama Umno tersebut.
"Jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki.

"Kerana saya berpegang dengan kata-kata ilmu bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang," katanya.
Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Sejurus pengumuman itu, orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan langkah tersebut membebankan.
Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas pengumuman tersebut berkata kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini.

Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global.

Kerajaan disedarkan mengenai realiti kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk. - 9 September, 2013.
The Malaysian Insider