Tampilkan postingan dengan label 13. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 13. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

Nahas Bas Genting 37 Maut 24 Lelaki 13 Wanita

Kes Silam Bas Terbabas Di Genting Sempah

Maklumat terkini diterima setakat pukul 8.30 malam menunjukkan seramai 37 orang disahkan mati manakala 16 lagi cedera dalam nahas bas Genting terhumban ke dalam gaung di KM3.6 di Jalan Genting – Karak, petang tadi.
Merujuk laporan Berita Harian Online, Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita menjadikan kesemua mangsa 53 orang.
Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang.
Anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan tali dan kren untuk mengeluarkan mangsa terselamat dan mayat yang ditemui berikutan keadaan muka bumi yang begitu curam.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sudah pun meninjau lokasi begitu juga dengan Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai. – Mynewshub.my

Rabu, 01 Januari 2014

KEADILAN lancar laman web khas untuk PRU 13

Wajah baru laman demirakyat.my telahpun dilancarkan. Laman ini akan berfungsi sebagai wadah utama Parti Keadilan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi.
Parti ini telah melancarkan sebuah agenda internet yang komprehensif untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan para pengundi dan menjana tenaga anda untuk membantu Keadilan dan Pakatan Rakyat mengharungi garisan penamat dalam perlumbaan kami untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Keadilan merupakan parti untuk semua yang memperjuangkan keadilan sosial buat seluruh rakyat Malaysia. Kami memandang Internet sebagai sebuah gelombang demokratisasi buat pelusuk dunia, dan media sosial sebagai enjin utamanya.
Demirakyat.my akan membolehkan semua rakyat Malaysia memainkan peranan dalam usaha parti memenangi kerusi-kerusi merentasi persekutuan.
Video berikut, yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerangkan pilihanraya utama yang akan datang pada dasarnya, dan mengapa perlunya tindakan oleh rakyat yang mahukan keadilan sosial. Laman ini akan menampilkan tiga ciri-ciri: sokongan, perkongsian dan sumbangan.

SOKONGAN: Untuk membolehkan anda tahu lebih lanjut tentang usaha parti dalam menghadapi pilihanraya serta jentera pilihanraya di peringkat nasional dan kawasan.
 PERKONGSIAN: Untuk membolehkan netizen berkongsi mesej pilihanraya, ceramah, visual dan sebagainya, samada secara langsung ke komuniti anda atau ke komuniti virtual anda, seperti di Facebook dan Twitter.

SUMBANGAN: Untuk membolehkan anda yang ingin membantu menyumbang untuk kempen Keadilan di peringkat persekutuan dan pada masa yang sama di peringkat negeri. Laman ini telah dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan baru untuk bayaran secara kad kredit atau menggunakan kaedah lain, bagi memastikan segala sumbangan anda dijana secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya.
Laman ini merupakan satu panggilan untuk kita semua bertindak, dan akan dikemaskini untuk menampilkan semua calon pilihanraya parti semakin dekat ke pilihanraya umum.
NIK NAZMI
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat
Short URL: http://www.keadilandaily.com